Ummiasyiq’s Little Heaven


Play & Activities

Di sini ada beberapa aktiviti dan permainan yang boleh anda lakukan bersama si manja di rumah.

Water and Bubble

Peralatan: Air, buih, gayung, baldi kecil/botol

Umur: 1 1/2 – 3 tahun

Cara bermain:

Anak anda pasti sukakan air. Ditambah pula dengan buih pasti anak anda tidak mahu berhenti bermain🙂 Kembangkan kreativiti anak anda dengan menggalakkannya memasukkan air dengan menggunakan gayung dan memindahkan air tersebut ke dalam baldi atau botol. Untuk lebih mencabar, anda boleh menggunkan sponge. Rendam sponge tersebut di dalam air dan galakkan anak memerah sponge tersebut agar air dari sponge masuk ke dalam botol.

Kemahiran:

1) Kemahiran motor kasar dan halus

2) Kemahiran sosial

(Jangan biarkan anak anda tanpa pengawasan!)

Sepit Baju

Peralatan: Sepit baju, perca kain, tali yang diikat pada kayu atau tiang

Umur: 2 – 3 tahun

Cara bermain:

Mudah saja permainan ini. Tapi perlukan kesabaran anak bagi menguji kemahiran moto halusnya.Galakkan anak menyepit kain perca pada tali yang direntang.Anda boleh susun kain mengikut warna atau saiz.

Mini Bowling

Peralatan: Botol mineral dan sebiji bola

Umur: 2 – 3 tahun

Cara bermain:

Anda galakkan anak menyusun botol mineral mengikut warna atau label.Tunjukkan pada anak bagaimana anda melisut bola dan galakkan anak pula melisutnya. Mudah jer kan. Ini bagi melatih dia fokus pada sesuatu.

Puzzle (new!)

Anda tak perlu beli puzzle yang mahal. Anda boleh buat puzzle anda sendiri. Caranya adalah anda print sebarang gambar bersaiz A4 atau lebih kecil, seperti gambar kartun Mickey Mouse atau gambar Payung. Anda lekat gambar tersut di atas kertas keras seperti kad bod dan anda kerat kepada 4 atau 6. Kerat kepada bahagian lebih kecil jika nak lebih challenge. Tunjukkan dahulu kepada anak dan kemudia galakkan dia melakukannya sendiri. Selamat mencuba, ummi!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: