Ummiasyiq’s Little Heaven


Kenali Asyiq

Assalamu’alaikum wrt wbt..

Saya adalah insan biasa yang dilahirkan pada 16 Mei 1980 di kampung ibu saya di Batu Pahat Johor. Saya adalah anak sulung daripada 3 adik beradik perempuan.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda Shah Alam dan Sekolah Men Keb Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Alhamdulillah, kerana keputusan cemerlang saya di dalam SPM, maka cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di UIA yang saya idam-idamkan dimakbulkan Allah.

Tamat pengajian pada 2003, saya telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan saya dengan restu keluarga beberapa bulan selepas pengajian saya tamat. Suami pujaan hati ini ialah Mohd Supian Mat Nan yang kini bertugas di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Beliau juga sama-sama belajar di UIA tetapi berbeza kuliyyah.

Kami dikurniakan 2 orang putera iaitu Muhammad Amirul Wafi dan Muhammad Amirul Wasim. Masing-masing berumur 4 dan 2 tahun.

Semoga rumahtangga yang dibina mendapat rahmah dan inayah Allah swt. Ameengambar-raya-064


Trackbacks & Pingbacks

Comments

  1. * Afyan says:

    Salm ukhuwah buat tuan rumah,

    Moga istiqamah untuk menjejaki jejak langkah Khadijah usahanita terbilang!!!

    | Reply Posted 15 years, 8 months ago
  2. * ummiasyiq says:

    Alhamdulillah…Jazakallah…
    Banyak lagi yang nak blajar…
    Moga dirahmati dan diberkati Allah

    | Reply Posted 15 years, 8 months ago
  3. * pakdi says:

    oh, akak yang ni rupanya… tercari-cari juga dalam kepala… kirim salam pada ustaz ye. kedai makan dalam masjid negeri tu akak punya ke?

    | Reply Posted 15 years, 8 months ago
  4. * ummiasyiq says:

    La…ingatkan kenal…hehe…InsyaAllah..akak sampaikan nanti 🙂
    Iye…perniagaan keluarga..kat masjid negeri ayah jaga, di SUK Selangor adik jaga dan di surau sekyen 11 nie akak yang jaga. Ada lagi satu di Puncak Alam tapi bukak lepas raya insyaAllah

    | Reply Posted 15 years, 8 months ago
  5. * LE-iium says:

    salam ziarah..=)ramadhan kareem..
    afwan akak baru dan nk mencemr duli k blog akak..hehe
    ana pun da teruja nk ada blog tengok blog asyiQ nie..sesuai untuk kaum ibu bkan bab nk mendidik anak ja tpi siap leh tau d mana nk bebelanja utk “berhias” ila suami..hehe.mantapla akak..k,ddoakn agar akak daeman di murahkan rezeQI N DPERMUDAHKAN SEGALA urusan..akak raya nie kami kt uia xdk projek sgt jual kueh raya n serunding ja..huhu

    | Reply Posted 15 years, 7 months ago
  6. * Hasliza Abu Seman says:

    Assalamualaikum…
    Saya Liza..Kalau tak keberatan izinkan saya panggil Syikin coz kita sebaya…Saya juga ada 2 puteri. Yang sulung Husna Auny kurang 2 bln 2 tahun dan yang bongsu Amny Umairah 3 bulan. Kes kita sama yang sulung hanya menyusu bada sepenuhnya selama sebulan disebabkan waktu kerja saya yang panjang dan kurang inisiatif untuk menyusu badan walhal saya graduated dalam bidang pemakanan. Sekarang saya tekad untuk breast feed selama 2 tahun. Alhamdulillah Amny masih menyusu badan sepenuhnya..Masalahnya saya gagal mengepam susu dalam amount yang banyak menyebabkan saya terpaksa berhenti kerja demi meneruskan niat murni saya ini.Ada apa2 cadangan yang Syikin boleh bantu dan di mana boleh saya dapatkan baby sidling tu…terima kasih.

    | Reply Posted 15 years, 2 months ago
  7. * ummiasyiq says:

    Assalamu’alaikum Liza…tahniah kepada Liza krn telah berusaha untuk memberikan yang terbaik utk anak. tiada yang lebih berharga buat anak jika hak nya telah diberikan. InsyaAllah Allah akan mudahkan jalan untuk Liza.Pertamanya Liza kena faham bahawa keperluan anak2 adalah berbeza2. Liza teruskan usaha untuk mengepam.Baca post saya berkenaan penyusuan dan ketahui masa yang baik untuk mengepam.Yang paling penting kita sentiasa positif dan tidak bosan untuk terus berusaha.

    | Reply Posted 15 years, 1 month ago
  8. * abdullatef says:

    Assalamualaikum wa rahmatullah

    kemas blog ni…

    | Reply Posted 14 years, 11 months ago
  9. * ummiaddin says:

    Salam tuan rumah,

    Patutlah rasa macam pernah lihat, ex-uia. bagus dapat tahu kwn2 yg aktif dgn blog, especially terlibat bab2 ni. skrg ramai dah jadi ibu2, boleh share byk pengalaman ye.

    ikutkan dulu pernah keje kat shah alam, biasa jg area sek 11 tu, tiada jodoh nak jumpa la tu kan.

    contact no saya: 017-2570002

    | Reply Posted 14 years, 9 months ago


Leave a reply to ummiasyiq Cancel reply