Ummiasyiq’s Little Heaven



Mengendali Anak Suka Menggigit

gambar-raya-002Assalamu’alaikum Assalamu’alaikum wrt wbt

Anak saya yang kedua ini memang pelik sedikit. Dia paling mudah dijaga semasa kecil berbanding abangnya, Wafi. Letaklah di mana pun, atau bisinglah macamana pun, jika dia tidur, dia akan tidur. Abangnya dulu, kalau kita selak buku pun dia boleh bangun. Tapi, anak tu lain-lain cabarannya. Bila sudah besar sedikit (kini 2 tahun), adik (Wasim) sudah mula tunjuk perangainya.

Dia suka menggigit dan mengamuk tidak tentu fasal. Anda bayangkan, Wafi akan selalu menjadi mangsa gigitan Wasim. Saya mula risau kalau dia bawa perangainya itu ke sekolah (taska). Oleh kerana itulah saya selalu bertanya kepada cikgunya jika dia ada menggigit kawan-kawannya.

Igauan ngeri bertukar menjadi realiti. Satu hari, cikgu Wasim memberitahu Wasim ada menggigit seorang kawannya. Saya jadi tak keruan. Saya mula terbayangkan amukan ibu bapa kawan Wasim nanti. Saya cadang untuk menulis surat memohon maaf tetapi menurut cikgunya, dia sudah pun memberitahu ibu bapa anak tersebut dan mereka tidak marah. Saya jadi lega.

Saya mula mencari tentang sindrom anak menggigit ini di internet. Alhamdulillah saya jumpa dengan satu artikel berguna dan saya berikan juga kepada cikgu Wasim. Setelah saya praktikan beberapa tips tersebut, alhamdulillah Wasim kini tidak lagi menggigit.

 

a)     Pastikan Selamat. Ibu  bapa atau pengasuh mesti memastikan anak dan kawannya yang ada potensi untuk digigit, dipisahkan atau dijarakkan daripada mudah digigit. Sebagai ibu bapa dan pengasuh anda mestilah tahu waktu dan keadaan bila kejadian ini bakal berlaku. Anda perlu tahu menjangka apa yang akan berlaku.

 

b)    Awasi selalu. Petanda seperti menghentak-hentak kaki, menangis, menjerit biasanya akan mengakibatkan kejadian menggigit. Awasi anak anda dan hentikan perlakuannya sebelum dia menggigit. Peluk dia berdekatan anda dengan meletakkan wajahnya ke bahu atau dada atau meletakkan tangan anda ke mulutnya dengan lembut tetapi tegas dan katakan kepadanya, ” Menggigit menyakitkan” atau ” Adik tak boleh sakiti kawan”.

 

c)     Bertenang, Jangan Menyalahkan atau Menghukum. Anda mungkin akan merasa marah dengan tindakan anak anda yang menggigit orang lain. Hukuman yang keras akan hanya membuatkan anak akan lebih memberontak dan melakukannya lagi.

 

d)     Bantu Mereka. Anak yang menggigit dan digigit memerlukan perhatian. Selain daripada bantuan seperti memeriksa luka yang mungkin ada pada anak yang digigit dan menenangkannya, anda jangan lupa kepada anak yang menggigit. Tunjukkan rasa prihatin anda padanya dan ingin tahu apa yang membuatkannya marah dan kecewa. Mereka masih kecil untuk dihukum dan dimarahi.

 

e)     Jangan gigit anak anda balik. Ada ibu bapa yang menggigit anak mereka dengan harapan anak mereka akan tahu bagaimana rasanya apabila digigit. Ini adalah tindakan yang salah kerana ia akan menyebabkan anak anda akan melakukannya semula. Bergurau dengan menggigit anak anda juga adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

 

f)     Galakan anak anda untuk dia mencari anda jika dia sedih dan kecewa. Anda mungkin tidak ada bersamanya jika dia sedang melalui saat sukar seperti kecewa dan marah ketika barang mainannya dirampas atau diusik oleh orang lain. Katakannya padanya jika dia rasa marah dan kecewa, minta pertolongan orang lain seperti ibu bapa atau pengasuh. Apabila anak datang mengadu tentang perasaannya, berikanlah perhatian kepadanya.

 

g)     Bercerita tentang apa yang berlaku. Apabila keadaan tenang, bertanyalah kepada anak anda tentang perasaannya dan apa yang patut dia lakukan. Lakukan sedikit contoh lakonan seperti anda merampas mainan daripadanya dan katakan padanya jika ini berlaku beritahu kepada anda atau pengasuh. Ramai anak yang menggigit tetapi tidak akan melakukannya lagi jika kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Ada juga sahabat-sahabat saya mempunyai anak yang suka menggigit. Yakinlah ia adalah sesuatu yang normal dan boleh ditangani dengan mudah. Yang penting anda mesti sabar dan anak anda sebenarnya adalah cikgu yang baik untuk anda mengetahui dan mengenali tentang dirinya dengan lebih mendalam.

Semoga tip ini ada manfaatnya untuk semua!

Ummi Asyiq🙂


Trackbacks & Pingbacks

Comments

  1. Salam syikin…
    Akhirnya jumpa juga blog sahabat lama ana ni. Wahh..dah besar wafi dan wasim ye. Jemput ke blog ana.
    sak

    | Reply Posted 7 years, 7 months ago


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: