Ummiasyiq’s Little Heaven



Menyusukan Anak:Tak Malu Lagi!

Salamz to all…

Pengalaman pertama saya ketika menyusukan anak amatlah menakutkan. Saya mempunyai sifat malu yang teramat sangat untuk menyusukan anak di khalayak ramai. Ditambah pula dengan adik ipar yang semuanya lelaki, membuatkan saya tidak senang duduk jika anak mula merengek hendak menyusu.

Bila saya nak keluar shopping atau makan di luar lagilah pening kepala. Kalau nak beli barang, tak boleh nak belek barang lama-lama. Kehidupan kita tak seperti dulu. Kita pun jadi tak tenteram dan stress. Nak berjalan rumah orang atau terima tetamu pun kene fikir banyak kali.

Namun semuanya berubah bila saya sah mengandungkan anak kedua. Saya mula mengkaji dan membuat pembacaan melalui buku dan internet. Alhamdulillah bila lahir saja Wasim, saya lebih berkeyakinan dan perasaan malu itu mula hilang demi ingin menyusukan anak yang tercinta.

Di sini saya sertakan tips berguna bagi menangkis perasaan malu ketika menyusukan anak:

1) Lengkapka diri anda dengan kelengkapan menyusu seperti baby sling dan kain penutup untuk menutup payudara anda ketika anda menyusukan anak. Tapi bagi saya, tudung labuh sudah mencukupi untuk menutup ketika menyusukan anak

2) Suami anda boleh menjadi pendinding ketika anda menyusukan anak.

3) Jika ada orang yang memandang pelik kelakuan anda yang berani menyusukan anak di khalayak ramai, anda tenung dia kembali dan balas dengan senyuman atau paling-paling pun anda buat tak tahu sahaja.

4) Jika anda ingin keluar shopping, susukan anak anda dahulu ketika di dalam perjalanan. Jika anak anda kenyang, dia akan tidur dan anda dapatlah shopping!🙂 Begitu juga jika ada tetamu yang ingin bertandang ke rumah anda, susukan anak dahulu agar anda dapat berbual dengan tetamu anda tanpa gangguan.

Anda tidak perlu lagi susahkan diri anda dengan melarikan diri setiap kali anda ingin menyusukan anak. Tiba sudah masanya anda jadi orang yang berani dan yakin untuk menyusukan anak di khalayak ramai. Jika malu masih menebal dikhuatiri anda akan mudah menyerah kalah dan akan membeli susu formula untuk anak. Sayangi anak anda dan penuhi haknya!

Semoga ada manfaatnya…

Ummi Asyiq🙂


Trackbacks & Pingbacks

Comments

  1. * dinaluzriq says:

    slm k.ikin.pekabar??baru jumpa blog akak..!bestnya..:)

    mmg malula dpn org ramai k.ikin..tp kan di tmpt awam skrg ni dh bnyk disediakan blk khas utk ibu2 menyusukan anak2?..eg.tesco,ikea etc..sllnya sy pg ke blk tu kejap..:)mmg malula if dpn org..:)

    | Reply Posted 8 years, 3 months ago
  2. * ummiasyiq says:

    Wslm…welcome…ahlan wa sahlan ke blog akak. iye betul tu..sekarang dah ader tempat khas untuk yang nak menyusukan anak.Senang kan…Akak doakan mardiana dapat teruskan penyusuan walau apa pun rintangan..Jazakillah🙂

    | Reply Posted 8 years, 3 months ago
  3. * baizura says:

    salam kak…memang mase mule2 nk kuar shopping rase panik..nk susukn kt mane nie?itulah soalan2 yg bermain dlm fikiran…tp Alhamdulillah,Allah permudahkan jalan…lagipun itu satu ibadah bagi para ibu..rase rugilah bagi ibu2 yg xdapat susukan anak…skang pn byk shopping complex yg sediakan bilik utk susukn anak..sy paling suke baby room kt the curve…mmg selesa and ade privacy!!!

    | Reply Posted 8 years, 3 months ago
  4. * ummiasyiq says:

    wslm…ha memang betul tapi hati2 k sebab ader dalam paper hari tue ader orang komplen ader lubang kecik kat siling sebuah shopping complex (tak diberitahu di mana) kat bilik penyusuan. Akak tak pasti apa citer lepas tu…

    | Reply Posted 8 years, 3 months ago


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: