Ummiasyiq’s Little Heaven



Anak Anda Bahagia?

Salamz to all…

Pernahkah anda terfikir, adakah anak anda happy? Adakah anda telah memberikan yang terbaik untuk anak anda? Percayakah anda bahawa salah satu sebab anak anda tidak boleh berdikari, tidak happy, sering tidak sihat dan perkembangannya lambat adalah kerana anda tidak memberikannya susu ibu?

Ya, susu ibu adalah satu anugerah Allah yang sangat tinggi nilaiannya. Saya merasa amat sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah ibu bapa yang memandang remeh perkara begini.Anak masih dalam pantang sudah diberi susu formula.Yang paling menyedihkan ada ibu yang tidak bekerja memberikan susu formula kepada anak. Walhal dia mempunyai masa dan peluang yang banyak untuk menyusu anak.

Anak yang menyusu susu ibu, sentiasa dekat dengan ibunya. Ini menjadikan anak itu sering mendapat sentuhan dan belaian daripada ibunya. Anak yang banyak disentuh lebih cepat perkembangannya daripada anak yang jarang disentuh dan dibelai.

Anak yang minum susu ibunya akan merasa dirinya disayangi kerana sentiasa dekat dengan ibunya. Degupan jantung ibu yang didengarnya semasa menyusu akan dapat memberikan ketenangan kepada anak.

Sila baca PAMA bulan ini. Anda akan baca sebuah artikel berkenaan seorang ibu yang dapat menyimpan stok susunya selama 2 bulan sebanya 260 botol. Beliau berkata tiada yang mustahil jika kita berusaha. Beliau banyak berdoa dan makan buah kurma dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah, beliau tiada masalah meninggalkan anak ketika bertugas.

Banyakkanlah berdoa dan solat. Mohon pada Allah semoga niat murni kita untuk menyusukan anak dapat menjadi kenyataan. Sokongan suami dan keluarga amatlah perlu. Banyakkan juga membaca dan mencari ilmu tentang penyusuan ibu. Ramai di kalangan ibu yang tewas dengan dakyah seperti ‘anak tak kenyang dengan susu ibu sahaja’, ‘tiada puting’,’anak asyik menyusu jer’ dan sebagainya.

Sekali lagi saya menyarankan kepada semua ibu agar memberikan hanya yang terbaik untuk anak anda iaitu susu ibu. Ini sahaja ilmu dan sedekah yang saya ada. Semoga ada manfaatnya untuk semua.Jika Allah tanya di akhirat kelak, maka jawapannya ‘Ya, saya memberikan susu ibu kepada anak saya!” Tahniah kepada semua ummi!

Ummi Asyiq🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: