Ummiasyiq’s Little Heaven



Penyusuan Eksklusif

Salamz to all…

Saya nak menceritakan pengalaman saya menyusu secara eksklusif. Saya sedih dan agak menyesal kerana tidak tahu tentang penyusuan eksklusif ketika mendapat Wafi.Saya hanya sempat menyusunya secara eksklusif selama 6 bulan. Ketika 6 bulan pertama kelahirannya saya tidak bekerja. Tetapi pada bulan 8, 2005 saya mendapat tawaran mengajar. Dalam keadaan yang kelam kabut saya ketika itu tidak tahu tentang penyusuan eksklusif, cara pengepam dan penyimpan susu. Jadi saya mengambil jalan mudah dengan membeli susu formula. Tidak lama saya mengajar, Wafi mula tidak sihat dan mendapat selsema. Saya menjadi bimbang dan tidak bermotivasi untuk bekerja. Wafi mudah mendapat demam.

Kesian Wafi…Pada saat itulah saya mula mengkaji dan membaca berkenaan penyusuan secara eksklusif. Wafi masih menyusu badan dan dicampur susu formula sehingga umurnya 1 tahun lebih. Saya tekad jika Allah kuniakan saya anak kedua, saya akan amalkan penyusuan eksklusif.

Alhamdulillah, pada bulan Mei 2006, saya disahkan mengandung anak kedua. Saya mula mengumpul duit untuk membeli pam susu. Saya banyak membaca mengenai pam susu dan pam yang terbaik adalah pam elektrik. Alhamdulillah dengan modal lebih kurang RM 500, saya dapat membeli sebuah pam elektrik (boleh juga digunakan dengan bateri) jenama MADELA beserta cooler bag. Saya merasa begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk menyusukan anak kedua.

Ketika mendapat Wasim, saya sudah mula menyimpan stok susu sejak dalam pantang lagi. Saya juga mengajar Wasim menyusu menggunakan botol secara berjadual agar mudah nanti bila saya bekerja dia akan menyusu susu badan dengan menggunakan botol. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan ketika saya kembali bekerja saya tidak ada masalah dengan penyusuan.

Di sini tips penyusuan eksklusif untuk anda!

1) Saya mengepam susu ketika di dalam pantang bila anak saya tidak menyusu. Jadi saya telah menghantar isyarat bahawa saya memerlukan banyak susu. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu akan dihasilkan.

2) Menyimpan susu tidak semestinya di dalam botol, boleh juga gunakan tupperware yang kecil dan satu bekas untuk sekali penyusuan. Jangan membazir!

3) Jika anak tidak mahu botol, anda boleh gunakan sudu kecil atau nursing cup. Cuba semua cara. Yang penting jangan mudah putus asa!

4) Bagaimana nak guna susu yang disimpan? Susu boleh disimpan di bahagian ‘chiller’ (bhgn bawah peti sejuk) atau ‘freezer’ (bhgn atas). Di bahagian bwh susu boleh disimpan selama sebulan dan bhgn atas boleh disimpan sehingga 3 bulan. Jika dikeluarkan dari bahagian chiller anda rendam seketika di dalam air suam (bukan air panas!) sebelum diberikan kepada anak. Jika dari bahagian atas, anda perlu cairkannya dahulu. Misalnya, esok anda nak beri pada anak, malam ni anda sudah letak susu dari bahagian atas ke bahagian chiller.

5) Ingat, mengepam bukan penggganti penyusuan secara direct. Jika anda tidak bekerja, anda digalakkan menyusukan anak secara terus.Ini adalah kerana stimulasi penyusuan terus dan pam adalah berbeza. Sejurus selepas anda mengambil anak daripada pengasuh, susulah dia dahulu.

6) Jika anda keluar shopping, anda masih boleh menyusukan anak anda! Bagaimana? Saya ada membeli baby sling yang dibuat seperti orang indonesia mengendong anaknya tapi telah dimodenkan sedikit rekaannya. Anda boleh menyusukan anak sambil membeli baju!🙂 Anda boleh beli baby sling ini di The Curve, Mutiara Damansara.

Alhamdulillah, saya dapat menyusukan Wasim secara eksklusif selama setahun (selepas itu susu saya kering sendirinya). Saya dapat lihat perbezaannya bila kita menyusu badan.Anak jarang demam atau mendapat selsama dan atuk.Begitulah Wasim.Dia pertama kali demam pada umur 7 bulan dan sangat mudah untuk baik.

Lagi satu yang menggembirakan saya, ketika menyimpan susu untuk Wasim, saya mendapat stok berlebihan sehingga Wafi pun dapat menyambung menyusu badan walaupun ketika itu umurnya sudah 2 tahun lebih.Inilah kuasa Allah!🙂

Terima kasih kepada suami tercinta yang banyak berkorban dan memahami saya. Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk menyusukan anak secara eksklusif. Begitu juga bonda saya yang tersayang yang banyak memberikan tips dan bantuan kepada saya. Thank you!

May Allah bless you all, mom! Teruskan perjuangan dan tekadkan diri untuk menyusukan anak anda snediri. Kasihanilah dia kerana itulah haknya.

Ummi Asyiq🙂


Trackbacks & Pingbacks

Comments

  1. * dinaluzriq says:

    btl..stuju dgn k.ikin..alhmdllh sy stkt ni msh lg memberi susu ibu,di rumah sy mmg menyusukan uways. cuma kdg2 time keje mmg xdpt nak elak. mmg seboleh2nya sy nak bg penuh, tp susu bdn skrg ni if pam pun xkeluar sngt,tp bila baby hisap mmg alhmdllh kenyang..so nak buat mcm mn tu k.ikin??ada idea?klu blh nk susukn dia smpai 2 thn ckup,tp wallahua’alam keadaan susu mcm mn nnti..doanya hrp blh n ckup.

    so, nak kongsi sama ttg pnglaman..alhamdillah uways pun jarang sakit@demam.last demam ms cucuk 5 bln haritu.alhamdllh..demam pn cepat sembuh..alhmdllh..kuasa Allah dgn khasiat susu ibu..

    k.ikin bila nak tambah yg ketiga plk???:)

    | Reply Posted 8 years, 3 months ago
  2. * ummiasyiq says:

    Nanti akak akan citer mcm mana pulak nak banyakkan susu yer..ader yang akak praktik sendiri dan ader yang akak baca dari majalah n internet.Sekarang uways dah berapa bulan?

    Ehem..anak ketiga? InsyaAllah kalau ader rezeki memang nak baby girl pulak..Baby boy nie lasak betul…sebab tue ummi dia pun tak besar2…hehehe…doakan yer..

    p/s: kalau ader anak perempuan nak namakan apa yer…(mesti start huruf W macam abang2 dia)

    | Reply Posted 8 years, 3 months ago


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: