Ummiasyiq’s Little Heaven



Meningkatkan Kemahiran Bahasa Anak

Salamz to all…

Bagaimana meningkatkan kemahiran berbahasa anak? Anda boleh cuba tips ini.

1) Jika anda bercakap dengannya cakaplah dengan bahasa yang terang dan jelas. Dia akan mudah faham dan meniru cara percakapan anda. Jadi berhati-hati ketika bercakap di hadapannya, dia pasti meniru dengan cepat.

2) Jika dia mengeluarkan perkataan dengan salah, anda tetapi betulkan ia dengan cara anda mengulanginya dengan betul. Contohnya: ” Nak cucu” anda faham dia nak susu. Maka anda ulang dengan betul ” Nak susu ye?”.

Kesilapan ibu bapa/pengasuh, mereka tidak membetulkan kesalahan malah meniru pula percakapan anak.

3) Jangan gunakan percakapan anak/pelat. Ini melambatkan proses percakapan anak. Elakkan percakapan seperti mamam(makan), num (minum), cucu (susu) dsbnya. Mereka akan menganggap bahawa percakapan mereka betul jika anda meniru percakapan mereka.Sukar anda hendak membetulkan percakapannya jika ia sudah sebati dengan anak anda.

Jika anda bacakan buku untuk anak atau menunjukkan sesuatu pada anak, tunjukkan dengan menggunakan jari anda dan ulang beberapa kali. InsyAllah anak anda akan cepat dapat.

Jika terdapat sebarang tanda di jalan atau lampu isyarat, katakan pada anak apakah maknanya.

Jangan sia2 kan potensi anak anda. Umur 0 – 6 tahun adalah tahun-tahun kritikal baginya.Masukkan atau salurkan seberapa banyak info, pengetahuan padanya. Andalah yang mencorakkan anak anda sendiri.

Semoga anda mendapat walau sedikit manfaat dari artikel ini.

Ummi Asyiq🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: