Ummiasyiq’s Little Heaven



Susukan Anak adalah Satu Hak

Salamz to all…

Memiliki anak adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Tentu kegembiraan anda bertambah bila mana anak yang dilahirkan membesar dengan sihat dan bijak. Tahukah anda, anak anda mempunyai hak terhadap susu ibunya? Susuilah anak anda dengan susu ibu kerana itulah haknya dan tanggungjawab anda.

InsyaAllah, saya akan berkongsi dengan anda tentang penyusuan ibu.

Penjagaan Kesihatan:

1. Bila anda mengetahui anda mengandung, tanamkan niat dan tekad anda untuk menyusukan bayi anda kelak. Perlu anda tahu bahawa, pakar penyusuan bersetuju bahawa penyusuan itu sendiri berkait rapat dengan psikologi. Jika anda berfikiran positif, maka banyaklah susu anda. begitulah sebaliknya.

2. Makanlah makanan yang berkhasiat ketika bayi masih di dalam kandungan lagi. Makanan yang seimbang amatlah penting untuk anda dan bayi.

3. Ketika anak yang kedua, saya mengambil makanan homopati. Alhamdulillah ia membantu membanyakkan susu dan anak juga cergas.

Ketika Kelahiran:

1. Anda perlu tahu bahawa semua hospital kerajaan adalah hospital RAKAN BAYI iaitu hospital yang menggalakkan penyusuan ibu. Namun tak semua hopsital swasta yang RAKAN BAYI. Contoh hospital swasta yang rakan bayi adalah: Damnsara Specialist dan SMC Shah Alam. Kajilah terlebih dahulu dan jika anda mahu anak anda menyusu badan maka pilihlah hospital RAKAN BAYI.

2. Selepas sahaja anak anda dilahirkan, doktor/bidan yang bertugas akan menyerahkan bayi kepada anda untuk disusukan. Mungkin agak kekok juga jika ini kali pertama, namun anda jangan khuatir, praktis sangat penting dan di waktu inilah bantuan suami, ibu dan saudara mara amat diperlukan.

3. Susu pertama atau dipanggil sebagai kolostrum (warnanya agak kekuningan) adalah susu yang sangat berkhasiat. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyusukan anak anda kerana kolostrum hanya datang sekali sahaja untuk satu kelahiran. Kolostrum akan hilang dalam 2/3 hari sahaja. Kolostrum juga adalah ubat jaundis/demam kuning. Anda tidak perlu menjemur anak anda di bawah matahari jika anak anda menyusu badan sejurus selepas kelahiran.

4. Jangan give up! Memang agak sukar menyusukan anak jika ini kali pertama. Mesti akan keluar dialog seperti berikut:

Situasi A: Isk tak ada puting la. Macam mana anak aku nak hisap?!

Situasi B: Tak banyak pun susu. Patutla budak ni asyik nak menyusu jer. Bagi susu formula je lah!

Situasi C: Kalau bagi susu badan mesti susah nak kerja nanti. Bagi susu formula lagi mudah.

Apa jawapan saya bagi situasi-situasi di atas?

Situasi A: Memang normal jika tiada puting untuk yang pertama kali menyusu. Berlatih dan selalu galakkan anak dapat membantu membentuk puting.

Situasi B: Susu hanya dapat di’produce’ jika anak anda menyusu. Anak yang menghisap susu badan akan menghantar isyarat bahawa dia memerlukan susu.Jadi ibu akan produce lebih banyak susu. Jika anda give up, maka production akan berhenti, maka tiadalah susu!

Situasi C: Penyusuan eksklusif adalah penyusuan badan tanpa mencampur sebarang air atau susu formula. Jika anda berniat untuk menyusu secara eksklusif, anda mesti tahu bagaimana mengepam susu, menyimpan dan memberikan anak susu dengan botol jika anda bekerja. Bekerja bukan alasan untuk anda menafikan haknya mendapatkan susu badan.

Kenangan manis saya ketika menyusukan Wasim secara ekskusif, saya pernah pergi training Syabab dan Fatayat di dalam hutan selama 3 hari. Masa tu Wasim baru nak masuk 5 bulan. Saya tinggalkan Wasim pada mak toknya dan bekalan susu yang mencukupi untuk 3 hari 2 malam. Ketika di dalam hutan saya tetap mengepam susu. Yang kelakarnya saya menyimpan susu tu dengan merendamnya di dalam air sungai (air sungai sangat sejuk) sebab tiada peti sejuk. Alhamdulillah, susu elok dan tidak rosak.Bila saya balik saya masih boleh maintain bekalan susu anak!🙂

Pada post yang akan datang saya akan berikan tips berguna bagaimana ingin menyusukan anak secara eksklusif.

Salamz…Jazakallahu khairan kathira sebab sudi berkongsi!

Ummi Asyiq🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: