Ummiasyiq’s Little Heaven



Bye Bye Diapers!

Salamz to all…

I’m quite busy with our new branch of Mawaddah Catering. Visit our new branch known as Cafe Hidayah at Surau al-Hidayah Seksyen 11 Shah Alam. I will be there daily from 6 am to 10 pm.

Sebenarnya nak cerita berkenaan pengalaman mengajar Wafi tanpa diapers. Cuba anda bayangkan perbelanjaan sebulan hanya untuk membeli diapers. Wafi memakai Huggies yang berharga RM 34.99 (harga paling murah di Speed Mart) kalau di Tesco atau Giant harga RM38.

Sebulan saya akan membeli Huggies 2 kali bermakna perbelanjaan dalam RM 70.Itu baru Wafi, belum lagi Wasim. Lalu, saya dan suami tekad mengambil keputusan untuk mengajar Wafi tanpa diapers bila umurnya 2 tahun lebih. Tapi, masa tu saya masih lagi mengajar jadi tak konsisten nak ajar Wafi. Tunggu cuti sekolah baru leh ajar. Jadi, strategi pertama kali tak berapa nak menjadi.

Bila umur Wafi dah 3 tahun pada 14 Februari yang lepas, saya tekad nak ajar Wafi lagi.Setiap hujung minggu saya akan train Wafi tanpa diapers.Nak tahu saya ajar macam mana? Saya akan tanya Wafi setiap 15 minit-20 minit samada dia nak buang air atau tidak.

Nampak muka dia boring saya asyik tanya dia nak buang air ke tak hehehe…Pernah sekali tu dia tak sempat nak bagitahu saya yang dia nak buang air besar, dia dah ‘terbuang’ dulu. Waduh…masa tu lah kesabaran teruji. Mujur dia ‘terbuang’ kat halaman rumah, kalau dalam rumah?????

Sebenarnya, nak ajar tak susah. Cuma kita kena konsisten dan sabar.Bagi yang bekerja memang susah sikit. Kenalah berpakat dengan pengasuh atau pembantu rumah untuk sama-sama membantu.

Alhmdulillah, sekarang Wafi sendiri yang cakap tak nak pakai diapers. Jadi, takla saya berperang dengannya bila dia nak masuk tadika tahun depan.Sekarang adik Wasim pulak dah nak mula belajar.Walaupun baru setahun 7 bulan, dia dah faham arahan nak buang air di toilet, alhamdulillah…

Selamat Tinggal, Diapers! Dan all the best untuk mama n ummi yang baru nak ajar anak tanpa diapers. Siapa yang ada tips lain bolehlah forwardkan kepada saya untuk dikongsi bersama yang lain.

Moga ada manfaatnya untuk semua.

Ummi Asyiq🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: