Ummiasyiq’s Little Heaven



Ajar Anak Matematik

Salamz to all…

Disebabkan saya dulu adalah seorang guru matematik, saya amat teruja mengajar anak matematik. Sejak daripada dia masih bayi, saya sudah dedahkan kepada persekitaran matematik. Apa yang saya buat agar dia cintakan matematik?

1. Gubahlah lagu anda sendiri. Contohnya ” Satu, satu saya sayang Allah, dua, dua sayang Rasul ” dan seterusnya. Contoh lain ” One little, two, little three, little Wafi.Four, little five, little six, little Wafi….”

2. Apabila melakukan sesuatu kaitkan dengan nombor. Contohnya menaiki tangga, kiralah tangga bersama-sama anak.InsyaALLAH nombor 1 hingga 20 pasti cepat dia mengingati.

3. Jika anda ingin anak membantu anda mengambil sesuatu, kaitlah dengan nombor. Contohnya, “Wafi, tolong ummi ambil satu pampers.” dan ulang pula dalam english ” One only” sambil jari anda menunjukkan satu jari.

4. Belikan buku seawal umurnya masih bayi. Memanglah bayi tidak boleh membaca tetapi anda boleh membacakan untuknya. Pemilihan buku juga sangat penting. Pilihlah yang mempunyai tulisan yang besar dengan font yang menarik dan sesuai untuk dibaca. Warna juga adalah penting. Biarkan anak anda memegang buku dan belajar bahawa membaca itu tabiat yang baik.

Percaya tak? Saya telah mula membeli buku kanak2 dan bayi ketika saya masih belum lagi berkahwin dan saya tulis di buku tersebut ” Generasi Mawaddah” dengan harapan anak2 saya nanti akan baca buku2 tersebut yang saya beli dari publisher terkenal GROLIER. Alhamdulillah, sekarang Wafi n Wasim suka sangat buku2 tue sehinggakan saya pun tak terlarat bacakan untuk mereka🙂

5. Tentu anda banyak menghabiskan masa bersama anak di dalam kereta kan? Jangan biarkan anak anda di dalam kereta tanpa dia belajar sesuatu daripada alam sekeliling yang dilihatnya. Jika anda nampak petrol station, kenalkan kepada anak anda ” Tengok tu Wafi Petronas.” ” Yang tu pulak Shell” kemudian anda tanya berapa lori yang Wafi nampak? Kiralah bersamanya.

Jika lalu di TOL, katakan padanya anda perlu membayar sejumlah wang bila ada tol.Sesekali berikan dia wang untuk diberikan sendiri kepada petugas tol.Pasti dia suka.

6. Kenalkan anak anda pada TABUNG. Belikan tabung yang menarik. Ajarkan mereka menabung.Tiba masa anda kira berapa tabungannya dan simpanlah di bank.

7. Ketika membacakan untuk anak atau menunjukkan flash card padanya, tunjukkan dengan jari anda dan ulang berkali-kali. Contohnya, ‘ This is number ONE ‘.

Alhamdulillah, kini Wafi telah pandai membaca nombor plat pada kereta. Pertama kali saya mendengar dia membaca nombor plat kereta abinya, saya rasa terlalu gembira. Akhirnya didikan saya sejak dia masih bayi telah pun menampakkan hasil.

8. Bahasa apa yang anda hendak ajarkan kepada anak? Saya konflik juga dengan suami bagi menetukan bahasa yang dia patut belajar. Saya akui saya mulanya mementingkan bahasa inggeris disebabkan tuntutan kini lebih kepada English. Tapi akhirnya saya ajar kedua-dua bahasa. Caranya, saya sebut di dalam english dan kemudia saya ulang pula ke bahasa melayu.Jika saya tanya kepada Wafi, ” What is this?” dia akan jawab ” Umbrella”. Bila saya ulang bertanya ” Ini apa? ” dia akan menjawab ” Payung”

Anda perlu ada sistem anda sendiri atau belajar dari kursus-kursus. Perlu anda ingat bahawa bayi dan kanak-kanak banyak belajar melalui pendengaran dan penglihatan. Anda mesti sebut sesuatu itu dengan terang dan jelas.InsyaAllah anak tidak pelat.

Semoga ada manfaatnya untuk semua.

Salamz

Ummi Asyiq🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: