Play & Activities
Di sini ada beberapa aktiviti dan permainan yang boleh anda lakukan bersama si manja di rumah.
Water and Bubble
Peralatan: Air, buih, gayung, baldi kecil/botol
Umur: 1 1/2 – 3 tahun
Cara bermain:
Anak anda pasti sukakan air. Ditambah pula dengan buih pasti anak anda tidak mahu berhenti bermain
Kembangkan kreativiti anak anda dengan menggalakkannya memasukkan air dengan menggunakan gayung dan memindahkan air tersebut ke dalam baldi atau botol. Untuk lebih mencabar, anda boleh menggunkan sponge. Rendam sponge tersebut di dalam air dan galakkan anak memerah sponge tersebut agar air dari sponge masuk ke dalam botol.
Kemahiran:
1) Kemahiran motor kasar dan halus
2) Kemahiran sosial
(Jangan biarkan anak anda tanpa pengawasan!)
Sepit Baju
Peralatan: Sepit baju, perca kain, tali yang diikat pada kayu atau tiang
Umur: 2 – 3 tahun
Cara bermain:
Mudah saja permainan ini. Tapi perlukan kesabaran anak bagi menguji kemahiran moto halusnya.Galakkan anak menyepit kain perca pada tali yang direntang.Anda boleh susun kain mengikut warna atau saiz.
Mini Bowling
Peralatan: Botol mineral dan sebiji bola
Umur: 2 – 3 tahun
Cara bermain:
Anda galakkan anak menyusun botol mineral mengikut warna atau label.Tunjukkan pada anak bagaimana anda melisut bola dan galakkan anak pula melisutnya. Mudah jer kan. Ini bagi melatih dia fokus pada sesuatu.
Puzzle (new!)
Anda tak perlu beli puzzle yang mahal. Anda boleh buat puzzle anda sendiri. Caranya adalah anda print sebarang gambar bersaiz A4 atau lebih kecil, seperti gambar kartun Mickey Mouse atau gambar Payung. Anda lekat gambar tersut di atas kertas keras seperti kad bod dan anda kerat kepada 4 atau 6. Kerat kepada bahagian lebih kecil jika nak lebih challenge. Tunjukkan dahulu kepada anak dan kemudia galakkan dia melakukannya sendiri. Selamat mencuba, ummi!
