Ummiasyiq’s Little Heaven


Mengendali Anak Suka Menggigit

gambar-raya-002Assalamu’alaikum Assalamu’alaikum wrt wbt

Anak saya yang kedua ini memang pelik sedikit. Dia paling mudah dijaga semasa kecil berbanding abangnya, Wafi. Letaklah di mana pun, atau bisinglah macamana pun, jika dia tidur, dia akan tidur. Abangnya dulu, kalau kita selak buku pun dia boleh bangun. Tapi, anak tu lain-lain cabarannya. Bila sudah besar sedikit (kini 2 tahun), adik (Wasim) sudah mula tunjuk perangainya.

Dia suka menggigit dan mengamuk tidak tentu fasal. Anda bayangkan, Wafi akan selalu menjadi mangsa gigitan Wasim. Saya mula risau kalau dia bawa perangainya itu ke sekolah (taska). Oleh kerana itulah saya selalu bertanya kepada cikgunya jika dia ada menggigit kawan-kawannya.

Igauan ngeri bertukar menjadi realiti. Satu hari, cikgu Wasim memberitahu Wasim ada menggigit seorang kawannya. Saya jadi tak keruan. Saya mula terbayangkan amukan ibu bapa kawan Wasim nanti. Saya cadang untuk menulis surat memohon maaf tetapi menurut cikgunya, dia sudah pun memberitahu ibu bapa anak tersebut dan mereka tidak marah. Saya jadi lega.

Saya mula mencari tentang sindrom anak menggigit ini di internet. Alhamdulillah saya jumpa dengan satu artikel berguna dan saya berikan juga kepada cikgu Wasim. Setelah saya praktikan beberapa tips tersebut, alhamdulillah Wasim kini tidak lagi menggigit.

 

a)     Pastikan Selamat. Ibu  bapa atau pengasuh mesti memastikan anak dan kawannya yang ada potensi untuk digigit, dipisahkan atau dijarakkan daripada mudah digigit. Sebagai ibu bapa dan pengasuh anda mestilah tahu waktu dan keadaan bila kejadian ini bakal berlaku. Anda perlu tahu menjangka apa yang akan berlaku.

 

b)    Awasi selalu. Petanda seperti menghentak-hentak kaki, menangis, menjerit biasanya akan mengakibatkan kejadian menggigit. Awasi anak anda dan hentikan perlakuannya sebelum dia menggigit. Peluk dia berdekatan anda dengan meletakkan wajahnya ke bahu atau dada atau meletakkan tangan anda ke mulutnya dengan lembut tetapi tegas dan katakan kepadanya, ” Menggigit menyakitkan” atau ” Adik tak boleh sakiti kawan”.

 

c)     Bertenang, Jangan Menyalahkan atau Menghukum. Anda mungkin akan merasa marah dengan tindakan anak anda yang menggigit orang lain. Hukuman yang keras akan hanya membuatkan anak akan lebih memberontak dan melakukannya lagi.

 

d)     Bantu Mereka. Anak yang menggigit dan digigit memerlukan perhatian. Selain daripada bantuan seperti memeriksa luka yang mungkin ada pada anak yang digigit dan menenangkannya, anda jangan lupa kepada anak yang menggigit. Tunjukkan rasa prihatin anda padanya dan ingin tahu apa yang membuatkannya marah dan kecewa. Mereka masih kecil untuk dihukum dan dimarahi.

 

e)     Jangan gigit anak anda balik. Ada ibu bapa yang menggigit anak mereka dengan harapan anak mereka akan tahu bagaimana rasanya apabila digigit. Ini adalah tindakan yang salah kerana ia akan menyebabkan anak anda akan melakukannya semula. Bergurau dengan menggigit anak anda juga adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

 

f)     Galakan anak anda untuk dia mencari anda jika dia sedih dan kecewa. Anda mungkin tidak ada bersamanya jika dia sedang melalui saat sukar seperti kecewa dan marah ketika barang mainannya dirampas atau diusik oleh orang lain. Katakannya padanya jika dia rasa marah dan kecewa, minta pertolongan orang lain seperti ibu bapa atau pengasuh. Apabila anak datang mengadu tentang perasaannya, berikanlah perhatian kepadanya.

 

g)     Bercerita tentang apa yang berlaku. Apabila keadaan tenang, bertanyalah kepada anak anda tentang perasaannya dan apa yang patut dia lakukan. Lakukan sedikit contoh lakonan seperti anda merampas mainan daripadanya dan katakan padanya jika ini berlaku beritahu kepada anda atau pengasuh. Ramai anak yang menggigit tetapi tidak akan melakukannya lagi jika kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Ada juga sahabat-sahabat saya mempunyai anak yang suka menggigit. Yakinlah ia adalah sesuatu yang normal dan boleh ditangani dengan mudah. Yang penting anda mesti sabar dan anak anda sebenarnya adalah cikgu yang baik untuk anda mengetahui dan mengenali tentang dirinya dengan lebih mendalam.

Semoga tip ini ada manfaatnya untuk semua!

Ummi Asyiq :)


Previous Post

gambar-raya-068

Perjalanan saya ke kedai hari ini dirasakan terlalu sedih. Pagi-pagi lagi sudah diuji oleh Allah akan perasaan sedih. Mana tidaknya, pagi ini saya terpaksa singgah ke kedai runcit Jiva berdekatan rumah saya untuk membeli susu anak.

Tiba-tiba saya terpandang muka depan akhbar utusan yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang tertimbus badannya di bawah runtuhan rumah. Yang nampak hanya kepala, hidung dan mulutnya yang berdarah. Hati saya sangat terpukul bila melihat gambar tersebut.

Isteri Jiva pun rupanya marah. ” Pagi-pagi lagi tengok paper sudah sakit ati!”

Saya meluncur kereta ke kedai ayah di Shah Alam dalam keadaan yang sangat sedih. Bila terpandang gambar kanak-kanak perempuan tadi, saya seakan terpandang wajah anak-anak saya. Isk…gerimis hati ini!

Saya luahkan kesedihan saya kepada anak saya yang berumur 4 tahun. “Ummi sedihla Wafi…”

“Kenapa mi…?”

“Wafi ingat tak semalam kita tengok TV yang baby kene tembak dengan Yahudi tu..” Kebetulan memang Wafi menonton berita bersama semalam dan dia ternampak beberapa anak kecil sebayanya yang mati dan berdarah.

“Yahudi tu jahat ke mi?”

“Yahudi memang jahat.Allah tak suka Yahudi.Kita pun tak suka Yahudi.Kalau kita jadi orang baik, barulah Allah sayang.” Saya tahu Wafi masih kecil untuk mengerti apa yang saya ceritakan. Tetapi sekurang-kurangnya dia tahu Yahudi itu jahat dan dia juga tahu yang Allah tidak suka pada Yahudi.

Berceritalah dengan anak-anak anda. Walaupun ceritanya adalah berat, anda perlu jadi kreatif bagaimana untuk anda menceritakannya kepada anak. Biar dia kenal dunia dan tahu ada insan yang hidup susah di tempat lain.

Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan hidup saudara seislam kita di sana. Mungkin ketika ini kita sedang sibuk makan, ketawa, tidur dan bekerja, tapi mereka di sana tidak dapat makan, sedang menangisi kematian anak dan isteri, serta mereka terpaksa berjaga siang dan malam kerana takut diserang Yahudi laknatullah!


Luahan Seorang ibu

gambar-raya-044

Anakku….

       Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

Ratih Sanggarwati (Ratih Sang)


Mendisiplinkan Anak

Berhadapan dengan anak yang meragam tentu membuatkan kita menjadi pening. ada kalanya kita tak mengerti apa yang diminta oleh anak. Tiba-tiba sahaja dia mengamuk dan menangis tidak henti-henti.

Saya mengalami pengalaman yang sama seperti anda semua. Pernah sahabat saya yang datang berkunjung ke rumah, jadi tidak karuan apabila anak bongsunya tiba-tiba mengamuk tanpa apa-apa sebab. Dia berlari ke luar rumah tidak tentu arah. Hanya kesabaran yang dipinta agar tangan tidak menjadi ringan untuk memukul atau mencubit.

Saya bertanya kepada diri sendiri, adakah ini normal bagi anak-anak? Saya melihat, sindrom yang berlaku ini terjadi kepada kanak-kanak yang berumur 1 tahun – 3 tahun. Anak saya, anak-anak sahabat saya mengalami sindrom yang sama. Lantas saya melayari internet untuk melihat tentang perilaku anak-anak di usia begini.

Telahan saya benar. di usia 1 hingga 3 tahun akan berlaku satu sindrom yang dinamakan Temper Tantrum. Ini berlaku disebabkan anak tidak dapat untuk meng’ekspres’ kemarahannya dengan perkataan tetapi dengan perbuatan. ini adalah kerana mereka masih mempunyai kemahiran bahasa yang sangat terhad.

Apa yang anda harus lakukan jika ana mengahdapi Temper Tantrum?

Sabar. Bukan mudah untuk jadi sabar. Saya kadang-kadang pun hilang sabar. Namun anak-anak tidak salah. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan cuba mententeramkannya. Kadang kala dengan memeluknya akan dapat membuatkan dia tenang. Namun ada juga anak yang masih mengamuk jika cuba ditenteramkan. Jadi, cuba anda biarkan sahaja dia mengamuk tapi mesti selalu dekat dengannya agar dia tidak mencederkan dirinya. Apabila dia penat, pasti dia berhenti. Kene try and error.

Kita adalah orang dewasa. Saya mengingatkan diri saya sendiri agar tidak mudah melampias marah jika anak mengamuk. Cubalah cara yang terbaik untuk mententeramkan anak anda asalkan anda tidak naik tangan. Jika dia mengamuk di rumah dan cuba untuk membaling benda dan mencederakan orang lain, bawa dia ke dalam bilik. Terangkan kenapa dia berada di dalam bilik ” kerana Wasim buat kawan Wasim, Wasim kena duduk dalam bilik sampai Wasim jadi budak baik”. Jika berada di luar pula, contohnya ketika makan diluar, bawanya ke luar berjalan-jalan sehingga dia tenang.

Bercakap dengannya. Selepas anak anda tenang, bercakaplah dengannya tentang perangainya tadi. Terangkan padanya bahawa apa yang dia lakukan adalah tidak baik. dan nyatakan padanya bahawa anda tidak akan faham jika dia mengamuk begitu dan minta dia bercakap jika dia tidak suka sesuatu.

Kenali tanda-tandanya. Anda mesti tahu waktu bila anak anda akan mengamuk. Contohnya jika anak anda sedang asyik bermain lori mainan di sebuah kedai mainan, dia pasti mengamuk jika anda mengajaknya pulang. Jadi anda mesti mempunyai skill bagaimana anda ingin mengajaknya pulang tanpa perlu dia mengamuk untuk membawa pulang mainan itu. Contohnya katakan padanya anda mahu membawa dia berjalan-jalan melihat kucing yang cantik di luar.

Semoga kita semua diberikan kesabaran yang tinggi dalam kita mendidik anak-anak. Berikan pendapat dan tips anda. Marilah kita berkongsi!

UmmiAsyiq :) gambar-raya-001


Salam Maal Hijrah

gambar-raya-022

Salam to all my frens…..

Lama rasanya tak ke blog ini. Agak sibuk menguruskan kedai makan, membataskan waktu saya untuk mengup date blog saya.

Di kesempatan waktu yang ada ini, saya ingin mengucapkan salam maal hijrah 1430 kepada semua pengunjung blog saya. Semoga tahun baru ini kita dapat berhijrah daripada sesuatu yang tidak baik kepada yang baik, dan yang baik kepada yang lebih baik.

Apa azam baru anda? Saya doakan apa jua azam yang telah anda niatkan akan menjadi kenyataan. Bagi saya di tahun baru ini, banyak sekali yang ingin dicapai. Selain daripada ingin memperjuangkan penyusuan ibu, saya ingin memajukan lagi perniagaan dan ingin menambah perniagaan lain, insyaAllah.

Berita baru-baru ini menyatakan hanya 14.5% sahaja ibu di Malaysia yang menyusukan anak dengan susu ibu. Sedih dengan berita terkini itu, saya nekad ingin membantu para sahabat dan saudara mara terdekat dahulu. Saya dalam proses untuk mendapatkan sijil pengiktirafan lactation consultant. Walaupun prosesnya agak lama, namun saya akan cuba sedaya mungkin untuk mendapatkannya. Terima Kasih kepada Puan Kamariah, pengasas Susuibu.com yang sudi memberikan saya details berkenaan kursus berkenaan.

Saya juga mencari peluang-peluang perniagaan yang baru bagi memperluaskan lagi perniagaan yang ada. Sudah tentu perniagaan keluarga sedia ada sekarang dalam bidang penyediaan makanan akan diperbesarkan lagi.

Tahun 2009 pula, anak sulung saya, Muhammad Amirul Wafi akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan di Little Caliph, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Walaupun baru masuk tadika, dan dia pun baru menjejaki umur 4 tahun, namun saya tetap teruja. Semoga Wafi jadi insan yang soleh, amin!

Semoga tahun baru ini memberikan kita lebih lagi semangat dan kefahaman dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.


Selamat Hari Raya!

Salam to all….

Alhamdulillah setelah sebulan saya bercuti kini saya kembali semula di blog ini. Betullah bahawa bulan Ramadhan itu penuh keberkatan. Di dalam bulan inilah melimpah ruahnya rahmah dan rezeki Allah. Saya agak sibuk dengan urusan perniagaan di dalam bulan Ramadhan sehingga tidak memungkin saya untuk meng’update’ blog saya.

Ayah dan mak pula pergi mengerjakan umrah pada 10 Ramadhan yang terakhir. Jadi saya bertanggungjawab untuk menggantikan ayah bagi menguruskan catering di Surau seksyen 11 Shah Alam dan Masjid Negeri Selangor.

Syukur sekali lagi ke hadrat Allah SWT kerana pada tahun ini saya dapat menyambut hari raya bersama-sama keluarga sebelah mak di Johor.Yang paling seronok tentulah anak-anak, dapat bermain bunga api dan dapat duit raya.

Bagi saya, persiapan raya hanyalah sederhana sahaja.Alhamdulillah masih lagi bernasib baik dan bertuah jika dibandingkan dengan orang lain yang masih susah. Semoga rezeki yang Allah limpahkan akan mendapat keberkatan Allah SWT.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang sama-sama belajar di UIAM, sahabat-sahabat seperjuangan di dalam WUFI UIAM, sahabat-sahabat di universiti yang lain, sauadara mara dan semua yang mengunjungi blog saya ini.

Semoga hari raya ini dapat mengeratkan lagi iktan ukhwah di antara kita. Saya bagi pihak keluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap. Jemptlah datang ke rumah kami di no 72 Jalan TAJ 1/2 Tman Alam Jaya, Bdr Puncak Alam Selangor.

Sekian dulu…Selamat hari raya!

Norashikin Hashim


Ahlan Ya Ramadhan…Ramadhan al-Mubarak

Salamz to all…

Di kesempatan ini saya dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua sahabat2 dan pengunjung blog saya.

Semoga Ramadhan ini akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Sekian..

Ikhlas daripada Norashikin Hj Hashim, Mohd Supian bin Mat Nan, Muhammad Amirul Wafi dan Muhammad Amirul Wasim


Hijrah Training & Education

Salamz to all….

Kami memerlukan kumpulan fasilitator untuk program motivasi kami yang bakal diadakan pada bulan 11 ini.

Jika anda berminat untuk menjadi kumpulan fasi kami, sila hubingi kami secepat mungkin.

Norashikin Hashim

General Manager 0162270144 


Busana Asyiq di Masjid Negeri Shah Alam

Salamz to All…

InsyaAllah, pada bulan Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari lagi, Busana Asyiq akan membuka gerai di dalam Masjid Negeri Shah Alam. Waktu perniagaan adalah dari 10 pagi sehingga 10 malam.

Kami menjual baju kurung, jubah, jubah seluar, t-shirt Hilyah, tudung, brooch, dan mcm-mcm lagi..

Jemputlah datang dan berbelanjalah dengan berhemah sempena hari raya Aidilfitri tak lama lagi..

Ummi Asyiq :)


Tips Menambah Susu Ibu

Salamz…

Jazakumullah to all my friends and the visitors. Your support gives me strength to always share about early childhood education and breastfeeding.

InsyaAllah..atas beberapa permintaan, di sini saya ada beberapa tips bagaimana untuk anda menambah susu ibu.

Pemakanan

1) Makanan yang diambil perlulah seimbang dan cukup untuk anda sebagai ibu yang menyusukan anak. Ada pantang larang??? Bagi pendapat saya tiada! That is the old wives tale. Yang penting kita perlu makanan yang cukup cuma bersederhana dan jangan berlebih-lebihan. Ada ummi yang takut untuk makan sebarangan. Bagi saya selagi ia halal, berkhasiat..anda makanlah! Jika anda terlalu takut dan terlalu banyak pantang larang dikhuatiri akan mengganggu penghasilan susu. Ummi yang menyusu banyak makan dan cepat lapar..jadi anda rancang pemakanan anda sendiri sebaik mungkin.

2) Minum air masak selalu. Anda sangat memerlukan air!

3) Kurma juga boleh mambantu. Kismis, lobak putih, peria, betik dapat membantu banyakkan susu. Pernah cuba halba? Saya mengamalkan makan halba yang direbus dan diminum airnya. Rasanya memang agak pahit sedikit.Alhamdulillah, amalan meminum air rebusan halba sedikit sebanyak dapat banyakkan susu. Air barli juga dapat membantu ummi!

4) Saya juga mengamalkan makan homopati. Juga dapat banyakkan susu ummi!

Psikologi

Tidak dinafikan lagi bahawa psikologi menjadi penyebab banyak atau tidaknya susu anda.

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak anda. Jika anda merasakan susu anda semakin kurang tetapi anak anda baru sahaja berumur beberapa minggu, anda jangan cepat panik. Susukan anak anda seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu anda kembali normal.

2) Ketika anda di tempat kerja dan ketika anda mengepam susu, bayangkan wajah anak anda.Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak. Saya meletakkan gambar anak di merata tempat, di atas meja, di dinding, buku dan beg penyusuan saya pun saya letak gambar anak.

3) Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyak susu anda. Anda kosongkan payudara anda bermakna anda menghantar isyarat bahawa anda nak susu lagi.

4) Ada beberapa cara mengepam yang berkesan:

             a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.

             b) Di antara pam elektrik dan manual, saya lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap.

             c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Anda tentu tahu ketika anda menyusukan anak, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, anda boleh pam sambil menyusukan anak.Mintala bantuan suami anda.

Semoga ada manfaatnya untuk semua!

Ummi Asyiq :)


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.