Ummiasyiq’s Little Heaven



Tips Menambah Susu Ibu

Salamz…

Jazakumullah to all my friends and the visitors. Your support gives me strength to always share about early childhood education and breastfeeding.

InsyaAllah..atas beberapa permintaan, di sini saya ada beberapa tips bagaimana untuk anda menambah susu ibu.

Pemakanan

1) Makanan yang diambil perlulah seimbang dan cukup untuk anda sebagai ibu yang menyusukan anak. Ada pantang larang??? Bagi pendapat saya tiada! That is the old wives tale. Yang penting kita perlu makanan yang cukup cuma bersederhana dan jangan berlebih-lebihan. Ada ummi yang takut untuk makan sebarangan. Bagi saya selagi ia halal, berkhasiat..anda makanlah! Jika anda terlalu takut dan terlalu banyak pantang larang dikhuatiri akan mengganggu penghasilan susu. Ummi yang menyusu banyak makan dan cepat lapar..jadi anda rancang pemakanan anda sendiri sebaik mungkin.

2) Minum air masak selalu. Anda sangat memerlukan air!

3) Kurma juga boleh mambantu. Kismis, lobak putih, peria, betik dapat membantu banyakkan susu. Pernah cuba halba? Saya mengamalkan makan halba yang direbus dan diminum airnya. Rasanya memang agak pahit sedikit.Alhamdulillah, amalan meminum air rebusan halba sedikit sebanyak dapat banyakkan susu. Air barli juga dapat membantu ummi!

4) Saya juga mengamalkan makan homopati. Juga dapat banyakkan susu ummi!

Psikologi

Tidak dinafikan lagi bahawa psikologi menjadi penyebab banyak atau tidaknya susu anda.

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak anda. Jika anda merasakan susu anda semakin kurang tetapi anak anda baru sahaja berumur beberapa minggu, anda jangan cepat panik. Susukan anak anda seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu anda kembali normal.

2) Ketika anda di tempat kerja dan ketika anda mengepam susu, bayangkan wajah anak anda.Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak. Saya meletakkan gambar anak di merata tempat, di atas meja, di dinding, buku dan beg penyusuan saya pun saya letak gambar anak.

3) Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyak susu anda. Anda kosongkan payudara anda bermakna anda menghantar isyarat bahawa anda nak susu lagi.

4) Ada beberapa cara mengepam yang berkesan:

             a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.

             b) Di antara pam elektrik dan manual, saya lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap.

             c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Anda tentu tahu ketika anda menyusukan anak, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, anda boleh pam sambil menyusukan anak.Mintala bantuan suami anda.

Semoga ada manfaatnya untuk semua!

Ummi Asyiq :)


Trackbacks & Pingbacks

Comments

  1. * norfaizah says:

    terima kasih bagi petua 2 td.lps ni blh la saya mencuba.ank saya sekarang ni baru 50 hari..tetapi susu badan tak berapa banyak..egat nk campur susu fomula..

    | Reply Posted 5 years, 7 months ago
  2. * ummiasyiq says:

    salam puan…ini anak pertama ker? kalau boleh usahakanlah untuk terus menyusu badan. cuba petua2 yg saya berikan…layari internet, rajin bertanya dan beli bahan bacaan yang berguna untuk membantu puan meneruskan penyusuan…saya doakan puan berjaya!

    | Reply Posted 5 years, 7 months ago
  3. * Emah says:

    assalamualaikum ummi,ini adalah anak pertama saya.anak saya baru masuk 40hari.tetapi susu badan saya macam dah tak banyak seperti sebelumnya.Insya Allah saya akan cuba ikut petua ummi.Mungkin disebabkan kekhuatiran saya tentang susu tidak mencukupi untuk anak saya bila saya mula bekerja nanti.

    | Reply Posted 5 years, 4 months ago
    • * ummiasyiq says:

      salam puan…tahniah kerana memberikan yang terbaik untuk anak puan.teruskan usaha puan dan jangan mudah berputus asa.cuba tips yang saya berikan dan sentiasa berfikiran positif.

      | Reply Posted 5 years, 4 months ago
  4. * Suriya says:

    Assalammualaikum.

    Alhamdulillah, anak yang kedua ni dapat merasa susu badan dan kalau boleh, insyaallah nak terus susukan baby walaupun dah masuk kerja semula. 9/7/09 ni dah 3 bulan susukan baby, seronok rasanya. dekat sangat dgn baby. betul ke kalau susukan baby kita tak boleh mengandung?.

    | Reply Posted 5 years, 4 months ago
  5. * miza says:

    anak saya yg ketiga br je masuk 4 bulan, saya menyusukannya secara exclusive,tp dlm seminggu ni baby cam tak kenyang so saya campur dgn susu formula,susu badan cam dah berkurangan berbanding sbl ni,saya tak pernah pam atau ambil ape2 supplement tambah susu, ibu saya dah sibuk nk bg makanan pejal,tp saya kurang setuju kerana saya sgt berhasrat utk menyusukan baby selama yg mungkin dan berhasrat memberi makanan pejal hanya slp baby 6 bln spt yg disyorkan.anak2 saya sbl ni menyusu badan tidak melebihi 6 bln,tupun bukan secara exclusive,sedangkan saya suri rmh sepenuh masa,tolong bg tips dan pandangan,terima kasih…

    | Reply Posted 4 years, 12 months ago
  6. * sue says:

    saya dah hampir sebulan berjauhan dengan anak kerana terpaksa bertugas dan selama itu juga baby tak dapat menyusu badan. susu saya dah hampir kering dan saya risau tak dapat menyusukan baby lagi lepas ni. buat pengetahuan puan,dalam tempoh seminggu lagi baru saya boleh balik berjumpa dengan baby. apa harus saya buat untuk mengembalikan susu bagi menerukan breastfeed. bantulah saya!

    | Reply Posted 4 years, 11 months ago


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: