Ummiasyiq’s Little Heaven



Tips Mengeratkan Kasih Sayang Ummi dan Anak

Salamz to all…

Dalam beberapa pembacaan, kajian dan pemerhatian, ada beberapa cara dan tips bagi mengeratkan kasih sayang antara ummi dan anak. Antaranya adalah:

Doa

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah sentiasa berdoa agar anak yang kita lahirkan itu akan menjadi anak yang soleh. Iringi doa dengan usaha bagi mengeratkan kasih sayang kita dengan anak. Ayah tidak terkecuali. Gandingan mantap ummi dan ayah, akan menjadikan ia sato model terbaik untuk anak.

Urutan dan Sentuhan

Pakar bersetuju bahawa urutan dan sentuhan pada bayi akan mengeratkan lagi kasih sayang ummi dan anak. Anak yang lebih banyak disentuh lebih sihat dari segi fizikal dan emosinya.

Eye to Eye

Eye contact juga dipercayai akan dapat mengeratkan hubungan antara ummi dan anak. Ia mampu untuk membina keyakinan diri anak dan anak akan rasa lebih selamat. Caranya ialah apabila anda bercakap dengan anak, pandanglah matanya. Dengan ini, jika anda mengatakan sesuatu pada anak, anak akan mudah menuruti.

Ummi adalah Istimewa

Ya, ummi lah yang paling istimewa dan tiada siapa yang dapat menggantikan tempat seorang ummi. Sentuhan seorang ummi akan dapat melahirkan seorang anak yang sihat dan bahagia.

Berbual dengan Anak

Berbual dengan anak anda dapat mengeratkan lagi kasih sayang. Walaupun anak anda masih bayi, namun komunikasi anda dengannya tiada batasan. Katakan padanya selalu bahawa anda sayang padanya. Kata-kata positif seperti, ‘anak ummi bijak’, ummi sayang adik dan sebagainya akan menjadikan anak lebih yakin, happy dan sihat.

Peluk lah dia!

Ada orang tua yang marah jika kita asyik berkepit jer dengan anak. Anda abaikan kata-kata itu. Peluk dan sentuhlah anak anda sekerap mungkin. Ada pakar yang mengatakan anak yang banyak disentuh lebih bijak. Jadi peluk lah anak anda sepuasnya, jika anda mahu anak yang bijak.

Moga ada manfaatnya!

Ummi Asyiq :)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: