Ummiasyiq’s Little Heaven



Tips Memilih Taska/Tadika

Salamz to all…

Agak memeningkan bila nak pilih sekolah yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibu, mengetahui sekolah yang bagaimana yang terbaik untuk anak kita. Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti.

Jika kita tahu tips untuk memilih taska/tadika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke sekolah yang terbaik.

Ikuti tips ini:

1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut.

2. Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (saya dah ikuti kursus ini – sekadar untuk pengetahuan sendiri).

3. Perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tadika. Intermediate house adalah di larang.

4. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Itu amatlah penting!

5. Anda bayar, tentu anda ada hak untuk tahu apa yang diajarkan kepada anak anda. Saya pernah bertanya kepada seorang pengasuh di sebuah taska (dirahsikan namanya) di Kota Damansara tentang pengisian untuk baby. Anda nak tahu apa yang dia kata? ‘ Baby tahu apa? ‘ Ya Allah, saya rasa macam nak tampar jer muka dia hehehe (takla sampai ke situ).

Jangan tipu saya! Saya dah pernah pergi kursus dan saya tahu apa yang perlu diajarkan kepada bayi. Jika anda nak tahu, pengasuh taska pun perlu buat Lesson Plan/Rancangan mengajar. Ini adalah guideline dan peraturan JKM sendiri.

6. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh/guru anak anda. Nombor telefon mesti ada dan selalulah tanya tentang anak anda dan tanya perkembangannya.

7. Tanya juga tentang makanan yang disediakan oleh taska/tadika. Ia mestilah yang berkhasiat!

8. Sebelum anda buat keputusan untuk menghantar anak anda, tanya-tanyala kepada parents lain yang menghantar anak ke situ. Tanyalah tentang pengasuh, kebersihan dan keselamatan di tempat tersebut.

Semoga anda mendapat walau sedikit menfaat daripada artikel ini. Akan datang saya akan berikan tips bagaimana ingin menjalin hubungan yang baik dengan pengasuh anak anda. Nantikan!

Ummi Asyiq :)


Trackbacks & Pingbacks

Comments

  1. * Linda says:

    Assalamualaikum Ummi Asyiq,

    Nak tanya, adakah anda menghantar Asyiq ke taska? Saya bercadang untuk menghantar anak2 saya ke taska yang bagus. Adakah Ummi Asyiq mengetahui taska yang bagus? Saya tinggal di Seksyen 5, Kota Damansara.

    | Reply Posted 6 years, 3 months ago
  2. * ummiasyiq says:

    Waalaikumusslam wrt wbt…

    Terima kasih sbb sudi membaca post di blog saya ini.Mengenai taska di Kota Damansara, saya pernah membuat survey di sana (dulu saya pernah mengajar di sana) tetapi malangnya kesemua taska yang saya kunjungi tidak menepati kriteria yang sepatutnya (tak perlulah saya sebut namanya). Tak tahulah jika saya terlalu memilih..tetapi tak salah kan jika kita memilih yang terbaik untuk anak2 kita…

    Ada satu taska tue, tempat baby bersebelahan dengan dapur yang masyaAllah sangat tidak teratur.Tempat sampah tidak di tutup. Yang satu lagi bercampur pula dengan budak2 transit…

    Saya mencadangkan agar puan Linda melihat sendiri dan memilih yang terbaik untuk anak puan.Sekarang saya membuka perniagaan di shah alam dan menghantar anak di shah alam yang insyaAllah tempatnya bagus.

    Jika puan ada senarai nama yang telah puan pergi bolehlah puan forward kepada saya.

    Terima kasih

    | Reply Posted 6 years, 2 months ago
  3. * Nurul Adawiah Bt Ahmad says:

    Assalamualaikum Pn,

    Saya Adawiah tinggal di Seksyen 10 Kota Damansara. Saya berhasrat untuk menghantar anak berusia 5 dan 2 tahun ke tadika/ taska. Saya ada membuat beberapa servay iaitu di Tadika Sri Ayu Ceria seksyen 6 dan 7, Tadika Hasanah seksyen 6 dan Tadika CIC seksyen 5. Saya ingin mendapatkan pandangan dari puan berkenaan dengan tadika tersebut.

    Terima Kasih

    | Reply Posted 6 years ago
  4. * ummiasyiq says:

    Assalamu’alaikum pn Adawiah.Terima kasih di atas soalan.Saya pernah ke CIC dan Hasanah untuk survey.Untuk Tadika saya syorkan CIC.Persekitarannya bagus dan gurunya saya tengok pun bagus.Ada playskul untuk 2 dan 3 tahun.Cumanya agak mahal sedikit.Tapi tak salah jika puan mampu dan baik untuk anak.Semoga panduan yang sedikit ini ada manfaatnya :)

    | Reply Posted 6 years ago
  5. * suria says:

    Assalamualaikum…
    Saya ingin minta pendapat puan tentang tadika yang baik di Shah Alam untuk saya hantar anak saya yang berusia 6 tahun. Sebelum ini saya pernah menghantar anak saya di sebuah tadika di Seksyen 3, tapi hasilnya menyedihkan. Sehingga kini anak saya masih lagi belum boleh membaca.
    Kalau tidak keberatan, mohon puan cadangkan tadika yang puan rasa bagus di sekitar Shah Alam antara Seksyen 3 – 24. Jazakillahu khairon katsiro.

    | Reply Posted 5 years, 11 months ago
  6. * oja says:

    salam puan
    saya tinggal di putrajaya dan baru berpindah ke sini. jika puan ada senarai taska dan tadika yang sesuai untuk anak perempuan saya berumur 5 tahun dan lelaki 3 tahun. harap dapat puan membantu walaupun lokasinya jauh tapi mungkin puan ada pengalaman

    | Reply Posted 5 years, 11 months ago
  7. * Pn Hasni says:

    Assalamualaikum,
    Saya kini sedang mencari taska untuk anak saya berusia 2 tahun dan 4 tahun. Boleh tak Puan Ummi maklumkan kepada saya taska yang Puan maksudkan yang terbaik di Shah Alam tu kerana saya tinggal di Shah Alam.
    Terima kasih.

    | Reply Posted 5 years, 10 months ago
    • * jamalos says:

      Saya syorkan di Taska Istana Pelangi,Sect.13 (Depan Stadium Shah Alam)

      | Reply Posted 5 years, 5 months ago
  8. * hajar says:

    Salam, Shikin.

    Peningnya nak cari taska untuk baby di Putrajaya. Saya prefer pengasuh rumah sebab baby kecik lagi tetapi suami sarankan taska. katanya taska berdaftar dengan JKM dan ada peraturan yang perlu dipatuhi. Kalau pengasuh, ada pro dan kontra.
    Apa pandangan Shikin?

    | Reply Posted 5 years, 9 months ago
  9. * asma says:

    Assalamualaikum

    puan,

    saya tinggal di seksyen 6 kota damansara. Buat masa sekarang saya hantar anak-anak berumur 2 thn dan juga 8 bulan kepada pengasuh di subang bestari (rumah orang – bekas pekerja di tempat kerja yang sama dahulu di Bukit Kiara). pernah terfikir untuk hantar anak-anak ke taska/tadika berdekatan. tapi terlalu memikirkan apa akan jadi kepada anak-anak dek pengasuh-pengasuh atau cikgu-cikgu taska yang sibuk menguruskan kanak-kanak lain membuat saya tidak sanggup untuk hantar anak-anak ke taska/tadika. boleh puan rekomenkan taska/tadika terbaik untuk pembesaran anak-anak dengan keselamatan dan lain-lain ciri yang terjamin di seksyen 6 selain CIC. seperti yang puan maklum, taska/tadika di kota damansara tumbuh bagai cendawan. mungkin selepas recommendation puan, boleh saya tinjau-tinjau keadaan taska/tadika seperti yang disarankan. terima kasih.

    | Reply Posted 5 years, 9 months ago
  10. * Hamiza says:

    Assalamualaikum Puan,
    Saya tertarik dgn tips yang puan berikan. Saya inginkan pendapat Puan mengenai Taska di sekitar Shah Alam. Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 thn. Saya telah mula menghantarnya ke Taska dari umur 3thn . tetapi sehingga sekarang masih belum mengenal huruf . Boleh Puan berikan taska yang bagus disekitar seksyen 4-8 Shah Alam .

    Sekian, terima kasih.

    | Reply Posted 5 years, 8 months ago
    • * jamalos says:

      Saya rasa di Taska Tinta Emas, Section 13…..Islamic jugak…..Murid yg tak tau apa apa sebelum ni dah boleh baca doa dan membaca …..cuba lah

      | Reply Posted 5 years, 5 months ago
  11. * ummiasyiq says:

    Salam pn Hamiza, memang agak membimbangkan jika anak kita tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang baik setelah kita menghantarnya ke sekolah. namun, puan jangan berputus asa,dan mungkin ianya bukanlah kesilapan sekolah sepenuhnya.masa di tadika hanyalah beberapa jam (3-4 jam) unyuk belajar dan bagi meneruskan kesinambungan dan kesan pembelajaran, kita harus meneruskan pembelajaran walaupun di rumah.belajar secara tidak langsung seperti di dalam kereta atau ketika menonton tv juga adalah belajar jika puan dapat manfaatkan sebaiknya.jika benar sekolah yg dihantar masih tidak mampu memberikan didikan yg baik,cuba puan hantar ke tadika Little caliph section 7.

    | Reply Posted 5 years, 8 months ago
  12. * Ibu Faiz Comel says:

    salam Ummi.
    Saya tinggal di selayang. Anak saya yang berusia 7 bulan buat masa ni saya tinggalkan dalam jagaan emak di kampung. Buat masa ini saya dan suami seminggu sekali balik kampung untuk menjenguk dan membawa pulang susu perahan saya. sekarang saya ingin membawa pulang anak saya dan mahu menghantarnya ke taska . Bolehkah saya tahu taska yang ada di sekitar selayang?

    | Reply Posted 5 years, 7 months ago
  13. * zShuShu says:

    thanx for the very useful tips!

    | Reply Posted 5 years, 4 months ago
    • * ummiasyiq says:

      Alhamdulilah…u r welcome! :)

      | Reply Posted 5 years, 4 months ago
  14. * Marya says:

    A’kum ummi,
    Saya tinggal di pandan indah dan kebanyakan tadikanye di uruskan oleh non-muslim. Ade tadika islam tapi jauh sikit. Anak saya berumur 4 thn tahun depan. Sesuai ke jika saya masukkannye tadika islam? di rumah dia asyik nonton TV dan main games. Apakah pelajaran peringkat awal untuk anak saya? menulis atau membaca? Terima kasih

    | Reply Posted 5 years ago
    • * ummiasyiq says:

      Assalamu’alaikum wrt wbt….

      Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Semoga puan mendapat manfaat daripada blog tersebut.

      Mengenai pertanyaan puan, sebagai Muslim sewajarnya kita meletakkan antara kriteria utama untuk kita menghantar anak ke taska atau tadika, ialah institusi tersebut mestilah Tadika Islam. Ini berpandukan beberapa sebab:

      1. Makanan: makanan yang dberikan kepada anak kita perlulah yang halal dari hukum syarak.Jika kita menghantar anak di tadika yang bukan Islam,maka ianya amat meragukan samada makanan yang diberikan kepada anak kita adalah halal ataupun tidak.

      2. Pengajaran & Pembelajaran: Amatlah penting bagi kita memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak dalam semua segi. Sebagai seorang Muslim, pendidikan Islam perlulah diterapkan sejak dalam kandungan lagi. Pendidikan mudah seperti membca doa makan, membaca ayat-ayat lazim dan sebagainya adalah latihan mudah bagi anak pada usia muda.Jika dihantar ke tadika bukan Islam, dikhuatiri akan ada unsur-unsur agama lain yang akan diajar kepada anak.

      3. Role model: Anak memerlukan role model yang terbaik. Maka kita sebagai Muslim tentunya mahu seorang Muslim yang menjadi contoh kepada anak kita. Dari aspek pemakaian guru di sekolah, cara percakapan dan sebagainya memberikan contoh kepada anak kita.

      Jika puan menekankan soal bahasa, sekarang banyak tadika Islam yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama.

      Soalan tentang adakah sesuai anak dihantar ke tadika pada usia 4 tahun, ianya terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum menghantar anak ke tadika. Saya sendiri menghantar anak ke tadika pada usia 4 tahun kerana:

      1. Potensi diri: Setiap kanak-kanak mempunyai potensi diri tertentu yang perlu digilap dan dibentuk dengan baik. Dengan menghantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun, dia dapat dilatih dan diajar oleh guru yang berpengalaman. Daripada duduk di rumah menatap TV dan bermain games, alangkah elok dihantar ke tadika agar dia dapat belajar.

      2. Sosial: Anak dapat meluaskan lagi komunikasinya dengan persekitran dan orang lain. Dia akan banyak berfikir jika dia banyak bergaul. Cuma ada beberapa kekhuatiran daripada ibu bapa jika anak mendapat sesuatu yang tidak baik seperti belajar perkataan yang tidak baik atau bergaduh. Ibu bapa tidak perlu risau,itu semua adalah proses pembelajaran dan ianya normal.Tanganinya dengan baik dan bijak.

      3. Belajar: Seawal usia 4 tahun, anak boleh belajar pelbagai benda. Janganlah mengharap yang tinggi-tinggi seperti tahu proses tambah,tolak atau hafal sifir. Bukan itu yang mereka belajar.Apa yang mereka akan belajar adalah asas membaca, mengira, menulis seperti mengikut garisan. Alhamdulillah anak saya pun sudah menulis semua nombor. Bermain pun adalah proses belajar seperti memasukkan air ke dalam botol dengan menggunakan sponge.Ianya dapat merangsang otak anak dan melatih koordinasi mata dan tangan.

      Saya harap, informasi yang sedikit ini dapat membantu puan membuat keputusan samada ingin menghantar anak puan atau tidak.Jika tidak, itu pilihan puan.Namun puan perlulah membuat aktiviti berjadual yang berfaedah dan baik untuk perkembangan anak puan di rumah.

      Sekian, terima kasih.

      Puan Norashikin Hashim

      http://www.ummiasyiq.wordpress.com

      | Reply Posted 5 years ago
  15. * mamadanish says:

    Salam Ummiasyiq,

    Saya bercadang akan menghantar anak sulong saya berumur 5 tahun ke tadika tahun depan. Beberapa tadika di sekitar Sek. 7 Shah Alam yang menggunakan kaedah Little Caliph telah saya kunjungi (diantaranya di Jalan Pualam Sek. 7, di Jalan Platinum Sek. 7 & di Jalan Akuamarin Sek. 7). Walaubagaimanapun, kini saya berada di dalam dilema untuk memilih yang terbaik diantara tadika2 tersebut. Diharap agar Ummiasyiq dapat bantu saya untuk buat pilihan… terima kasih, Wassalam

    | Reply Posted 5 years ago
  16. * wena says:

    Assalamualaikum..

    Saya tertarik bila mmbaca tips2 & komen2 d sini.
    Saya amat berbesar hati sekiranya puan boleh cadangkn kpd sy taska mana yg bagus utk anak2 lelaki sy yang berusia 5 & 3 tahun di selayang ( area taman wilayah). ini kerana sekarang sy sedang mencari taska yg baik utk mereka.

    Terima kasih.

    | Reply Posted 5 years ago
  17. * nissa says:

    salam pn…
    sy pun skang ni dlm kekeliruan utk memilih yg mana yg lebih baik antara beberapa tadika spt qdees, smart reader, cic,little caliph yg berada di putrajaya dan abim (sg Merab)….pn rasa yg mana satu patut sy pilih? sy ada anak lelaki yg akan berusia 5thn dan 4thn thn depan. sblm ni anak2 sy tak pernah kemana2 tadika mereka dijaga oleh mertua sy…harap pn dpt bantu…

    | Reply Posted 5 years ago


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: